seismik

Cakap Design Baju Macam Kerja Hotel, Seller Bidas Ayat Netizen - "Jealous Lah Tu, Lemah"

Berani awak buat perempuan marah bang.

Cover image via @hafle.hs (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menjelang hari raya, pasti ramai yang sudah membeli barangan persiapan raya bukan?

Antara benda yang paling utama sudah tentu pakaian raya, tak lengkap rasanya raya kalau tiada pakaian tradisional ini kan.

Jika bagi kaum lelaki, mereka sudah sinonim dengan baju Melayu, bagi perempuan pula baju kurung sudah menjadi kebiasaan. Namun, ada juga yang memilih untuk memakai kebaya dan pelbagai jenis lagi baju kurung yang ada.

Sekarang juga, semuanya boleh dibeli secara dalam talian saja atau dalam live. Tetapi, lain pula dengan video yang dikongsikan ini apabila seorang penjual membidas pandangan pengikutnya di dalam live.

'Sembur' ayat yang dilemparkan netizen

Menerusi video tersebut, seorang wanita ketika itu sedang melakukan live jualan baju raya di dalam TikToknya.

Namun, seorang individu menulis komen bahawa design baju kebaya dipakainya seolah-olah seperti pekerja di hotel.

Situasi itu membuatkan wanita berkenaan merasa agak marah dan membidas ayat yang dikomen netizen berkenaan.

"Ni biasa yang cakap ni jantan sebab dorang tak boleh pakai kebaya, dorang every year pakai baju Melayu. Lemah.

"Tiap tahun itu-itu jelah baju kau, takde pun baju kau tu akan jadi baju Melayu kebarung, baju kebaya lelaki. Tak ada kan? Kena pakai baju Melayu, dah diam," ujarnya.

"Ni bukan setepek, bertepek dia bagi" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.7M views, 279.1K likes dan 3,189 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

@hafle.hs

Lepas ni sape yg cakap baju raya korang cam baju keje, korg bg dia vtt ni

Takde kan takde kan hahahahaha by Pipija - æ

Boleh pula dia samakan design dengan baju hotel ya :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: