seismik

[VIDEO] Reaksi Comel Siti Nurhaliza 'Confuse' Tersalah Angkat Tangan Pemenang Muay Thai

"TokTi nak angkat dua dua tu takut yang sebelah terasa" - Netizen

Cover image via @fad_idris (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Muay Thai adalah seni mempertahankan diri yang berasal dari negara Thailand

Muay Thai dicirikan oleh penggabungan dari tinju, siku, lutut, dan tulang kering. Muay Thai juga dikenali sebagai seni bela diri stand-up-striking yang juga menggunakan clinching.

Ia juga sangat terkenal di Malaysia, tambahan lagi bahagian negeri Kedah, Kelantan, Perlis dan Perak di utara Semenanjung Malaysia.

Baru-baru ini penyanyi nombor satu negara Dato' Sri Siti Nurhaliza telah dijemput di sebuah pertandingan Muay Thai.

Muka confuse mana satu juara

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu sedang berada di sebuah pertandingan Muay Thai yang tidak dikenal pasti lokasinya.

Ketika itu sudah mahu mengumumkan pemenang bagi juara pertandingan itu yang turut menjemput Siti Nurhaliza ke dalam gelanggang.

Sebaik saja umum, muka Siti dilihat seperti confuse kerana tersalah mengangkat tangan pemenang tersebut.

"Semua bidang TokTi boleh" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memuji kecomelan penyanyi itu dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 231.1K views, 5,554 likes dan 58 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

@fad_idris Comel je TokTi confius nak angkat mana satu . Sumpah aku xboleh move on lagi tengok TokTi depan-depan. #fyppppppppppppppppppppppp #muaythai #serapod original sound - Fadhil Idris

Yang penting dapat peluk TokTi :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: