seismik

Semua Cawangan Kedai Serbaneka Elews Mart Kini Umum Ditutup Secara Berperingkat

Notis itu dikeluarkan oleh Elews Mart Sdn. Bhd.

Cover image via @elewsmart (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kedai serbaneka Elews Mart milik pendakwah bebas, Ebit Lew ditutup secara berperingkat mulai 15 Januari lalu

Notis tersebut dikeluarkan sendiri oleh Elews Mart Sdn. Bhd yang bertarikh 15 Januari 2024 dan kini tular di media sosial. Notis tersebut ditujukan kepada pembekal syarikat berkenaan.

“Adalah dimaklumkan bahawa Elews Mart Sdn Bhd akan menutup semua cawangan Elews Mart secara berperingkat bermula 15 Januari 2024.

“Sehubungan itu, pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang kerjasama dijalankan untuk memastikan operasi cawangan kami berjalan lancar,” tulisnya.

Tambah notis tersebut, segala hutang tertunggak akan dilangsaikan selewat-lewatnya 30 Jun 2024.

Image via Sinar Harian

Media sosial juga sudah lama tidak dikemaskini

Dalam pada itu, meninjau di laman sesawang rasmi ElewsMart mendapati, tiada notis tersebut dikongsikan dalam laman tersebut.

Malah, semakan pada laman Facebook dan Instagram perniagaan itu mendapati juga sudah lama tidak dikemaskini.

Kali terakhir ia dikemas kini adalah dengan promosi yang ditawarkan kedai tersebut pada September tahun lepas.

Elews Mart merupakan perniagaan runcit milik pendakwah bebas, Ebit Lew yang tular sebelum ini kerana menawarkan barangan dengan harga murah kepada pengguna.

Pada 2020, sebanyak 10 cawangan dibuka dan terletak di Bandar Baru Bangi, Sungai Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: