seismik

17 Jalan Utama Di KL Akan Ditutup Secara Berperingkat Untuk Acara Berbasikal Ahad Ini

Take note semua!

Cover image via Detik News & Berita RTM

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup bagi memberi laluan sempena penganjuran acara kayuhan berbasikal OCBC Cycle Kuala Lumpur (KL) 2024 pada Ahad ini

Susulan bagi acara tersebut, sebanyak 17 laluan utama di sekitar bandar raya akan ditutup secara berperingkat bermula pukul 6.30 pagi sehingga acara tamat iaitu kira-kira jam 9.30 pagi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Supt Suffian Abdullah berkata, penutup 17 laluan utama itu akan dilakukan secara berperingkat bermula 6.30 pagi sehingga acara tamat itu kira-kira jam 9.30 pagi.

Sementara itu, Pengarah Urusan OCBC Bank (Malaysia) Berhad, Julius Evanson berkata saingan OCBC Cycle KL 2024 edisi kelapan itu akan disertai oleh lebih 2,700 peserta yang melibatkan dua kategori iaitu kayuhan sejauh 21 kilometer (km) dan 42km (dua pusingan).

Gambar sekadar hiasan.

Image via Malay Mail

Berikut adalah laluan yang terlibat:

  • Jalan Raja Laut, Leboh Ampang
  • Jalan Mushi Abdullah
  • Jalan Dang Wangi
  • Jalan Sultan Ismail
  • Jalan Tun Perak
  • Jalan P Ramlee
  • Jalan Kuching
  • Jalan Parlimen
  • Jalan Sultan Salahuddin
  • Jalan Kinabalu
  • Jalan Raja Chulan
  • Jalan Ampang
  • Jalan Perak  
  • Dataran Merdeka

Rancang masa anda, elakkan melalui jalan-jalan di atas okay ;)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: