seismik

Berang Gambar Isteri Dijadikan Bahan M*lanc*p, Hafiz Mahamad Minta Pelaku Buat 3 Perkara

Berani buat beranilah tanggung.

Cover image via @hafizmahamad (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Nama usahawan terkenal Hafiz Mahamad dan Isterinya Syafiqah Aina sering menjadi bualan ramai di media sosial

Tidak dinafikan, kejayaan pasangan ini patut dijadikan sebagai contoh terutama buat semua anak muda di luar sana.

Namun, mereka juga tidak terlepas dengan pelbagai dugaan dan kecaman daripada netizen yang sentiasa menghukum.

Selepas tiga bulan berehat dari media sosial, Hafiz Mahamad kembali ke media sosial dan mendedahkan perkara yang berlaku sepanjang tempoh dia mendiamkan diri.

Mahu bertemu pelaku secara face to face

Menerusi video di TikTok, Hafiz menceritakan bahawa Aina rupa-rupanya telah menjadi mangsa gangguan seksual seorang individu di platform X.

Lebih menjijikan, individu itu tersebut telah menggunakan gambar Aina untuk melepaskan nafsunya (beronani).

Luah rasa kesal dengan kejadian itu, Hafiz akhirnya berjaya menjejaki pelaku berkenaan dan mahu pelaku bertemu sendiri dengannya. Apa yang membuat dia lagi terkejut adalah umur pelaku itu yang masih muda.

Dia memberitahu di dalam video agar si pelaku tersebut untuk datang ke pejabatnya untuk berjumpa sendiri dia dan isteri.

Minta pelaku untuk lakukan tiga perkara untuk selesaikan masalah tersebut

Menurut Hafiz, jika dia mengambil tindakan lapor polis atau saman, sudah tentu masa pelaku akan musnah. Tambahan lagi, dia masih muda jadi masih jauh perjalannya.

Oleh itu dia meminta pelaku melakukan tiga perkara atas kesalahan yang telah dilakukannya itu.

"Saya perlukan tiga perkara saja daripada pelaku itu. Satu, datang ke office saya berjumpa saya secara direct. Minta maaf dengan Aina di depan saya. Saya nak tengok permohonan maaf tu. No video, tak ada posting pasal awak tak ada.

"Yang kedua, saya nak awak telefon ibu awak depan mata saya mohon maaf. Tak perlu cerita salah awak kerana saya tahu awak takut nak beritahu perkara sebenar. Mungkin ibu boleh ampunkan dosa awak.

"Jika dua perkara ini yang awak boleh buat, yang ketiga saya akan bagi tiket Umrah untuk awak, pergilah ke sana. Insya-Allah mungkin masa depan awak atau perbuatan awak akan okay selepas ini," katanya.

Selain isu berkenaan, Hafiz juga ada menjawab kritikan netizen mengenai video yang kononnya dia menengking pekerja dan kulit wajahnya yang dikatakan teruk.

Lihat video penuh itu di bawah:

@hafizmahamad

Awak semua sahabat baik saya, doakan saya & isteri selalu

original sound - Hafiz Mahamad

Semoga pelaku tersebut insaflah lepas ini :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: