Aksesori Terlalu Bergaya, Gelagat Pengantin Ini Susah Nak Masuk Kereta Buat Ramai Terhibur
Nasib baik ramai yang nak tolong.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Majlis persandingan merupakan perkara yang paling dinanti-nantikan oleh setiap pengantin baharu
Pada hari tersebut, kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan akan berpakaian cantik dan handsome seperti peribahasa bagai pinang dibelah dua.
Namun lain pula dengan video di TikTok ini berkenaan gelagat seorang pengantin perempuan yang 'terseksa' kerana aksesorinya telah meraih perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Aksesori pengantin terlalu bergaya sampai susah nak masuk dalam kereta
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nanaradana91, kelihatan seorang pengantin perempuan yang sedang ingin cuba memasuki sebuah kereta.
Apa yang mencuit hati ramai adalah apabila dia dilihat sukar hendak memasuki kereta oleh kerana aksesori di kepalanya yang terlalu tinggi. Dia perlu berhati-hari agar aksesorinya tidak rosak.
Lebih menghiburkan, beberapa orang di situ dilihat gigih cuba membantu pengantin perempuan tersebut memasuki keretanya.
Image via @nanaradana91 (TikTok)
"Patut naik lori bahagian belakang tu, boleh kena angin" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 5.4M views, 211.1K likes serta 7.3K comments di TikTok.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pengantin perempuan susah nak memasuki kereta tersebut.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @nanaradana91 (TikTok)
Image via @nanaradana91 (TikTok)
Image via @nanaradana91 (TikTok)
Image via @nanaradana91 (TikTok)
Image via @nanaradana91 (TikTok)
Aduhai, kelakarnya! Siap ada yang suruh naik lori tu tak tahan :D
Image via giphy.com
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment