Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Alamat Sijil Lahir Anak Unik Gara-Gara Bersalin Dalam Kereta - "Saya Sendiri Sambut Baby"

Syukur semuanya selamat.

Cover image via @syahirahsidik (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah gambar surat beranak yang dikongsi oleh seorang wanita di TikTok gara-gara alamat tempat lahir anaknya

Menerusi gambar yang dimuat naik oleh @syahirahsidik atau mesra dipanggil Puan Eira, wanita itu menceritakan pengalamannya bersalin dalam kereta pada 15 Oktober lalu.

Disebabkan itu, alamat pada sijil lahir anaknya agak unik dan panjang. Difahamkan, dia bersalin di Lebuhraya Duta - Ulu Kelang (DUKE).

Image via @syahirahsidik (TikTok)

Image via @syahirahsidik (TikTok)

Syukur ambulans sampai cepat dan anak baik-baik saja

Bercakap kepada SEISMIK, Puan Eira memberitahu, dia melahirkan bayi perempuannya pada pukul 7.18pm sebelum ambulans sampai lebih kurang pada 7.30pm.

Apabila ditanya mengapa alamat di sijil lahir anaknya itu tidak tertera nama hospital yang memberi rawatan kepadanya, ini jawapan Puan Eira:

"Hospital tak keluarkan surat perakuan bersalin di hospital sebab saya bersalin di kereta. Tali pusat juga dipotong dalam kereta, uri keluar dalam ambulans. Suami kena buat report polis dan dapatkan surat perakuan DUKE atas arahan JPN.

"Ini anak kedua saya. Saya rasa takut dan lega waktu itu. Baby selamat, lepas keluar dia menangis kuat. Semestinya ia tak semudah bersalin seperti di wad hospital. Saya sendiri yang sambut baby sebab suami bawa kereta ke Hospital UM," katanya.

Image via @syahirahsidik (TikTok)

Image via @syahirahsidik (TikTok)

Image via @syahirahsidik (TikTok)

Lihat video itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment