Tersebar Bukti Perbualan, Aliff & Ruhainies Komplot Nak Jatuhkan Bella Astillah
Suami sendiri nak jatuhkan si isteri.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bella Astillah terkejut membaca hantaran mesej antara suaminya, Aliff Aziz dan Ruhainies nak menjatuhkannya selepas mereka ditangkap khalwat
Menurut sumber, Bella mendakwa Aliff dan Ruhainies mengambil kesempatan dengan membuka aib Bella unttuk menutup kesilapan mereka.
Bella berkongsi pada masa yang sama, dia juga lega apabila Sarah Yasmine mengeluarkan lagi bukti-bukti untuk tentang kebenaran pihak Aliff dan Ruhainies memang menjalinkan hubungan dan bukan fitnah.
"Ya Allah, sejujurnya saya sedih sangat. Saya tak nak dah berada di ‘crying era’ tapi sangat terkejut bila baca perbualan (Aliff dan Ruhainies) di WhatsApp.
"Ada juga ‘voice note’ dan bila saya baca, mereka nak jatuhkan saya.
"Macam yang saya pernah cakap, apa yang digunakan mereka (atas kesilapan saya) adalah perkara yang sudah lama berlaku semata-mata untuk menutup kes khalwat mereka.
"Perkara itu tidak elok melainkan saya masih (berbuat demikian) sekarang. Fitnah yang disebarkan itu terlalu berat untuk menjatuhkan saya.
"Saya berasa kecewa kerana pasangan saya yang sudah lama bersama, akhirnya berkomplot untuk menjatuhkan saya.
"Tapi apa yang saya nampak dalam perbualan mesej itu yang menekan Aliff untuk buat perkara ini adalah Ruhainies." katanya semasa ditemu bual di rumah terbuka Universal Music Malaysia.
Image via @sarahyasminekh (IG)
Image via @sarahyasminekh (IG)
Image via @sarahyasminekh (IG)
Lihat posting perbualan Aliff Aziz dan Ruhainies di sini:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment