Amalan Tutup Cermin Ketika Orang Meninggal Dunia, Perlu Ke Dalam Islam?
Sekarang dah tahu kan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap yang bernyawa di bumi ini pastikan akan merasai mati suatu hari nanti
Matinya manusia maka terputuslah hubungan antara jasad dan roh dan merupakan detik permulaan manusia menuju ke negeri akhirat yang merupakan garis permulaan bagi satu perjalanan yang sangat panjang.
Sudah tentu, kematian insan yang tersayang membuatkan kita berasa sedih. Dalam masyarakat Melayu sekarang, amalan menutup cermin ketika orang meninggal dunia menjadi satu perkara biasa yang dilakukan.
Namun, adakah ia sebenarnya benar dalam Islam? Sebuah video di TikTok telah menjelaskan adakah ia benar atau tidak.
Image via @pjsbsg (TikTok)
Bukan amalan dan tidak diajar dalam Islam
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang Ustaz menerangkan amalan menutup cermin ketika orang meninggal dunia yang sering dilakukan dalam masyarakat hari ini.
Menurutnya, amalan berkenaan tidak diajar dalam agama Islam. Jadi, ia tidak digalakkan untuk melaksanakannya.
Malah, dia memberitahu amalan ini dilakukan kerana masyarakat Melayu sudah terbiasa dengan adat ini.
Tambahnya, jika seseorang mewajibkan menutup cermin dan jika tidak berbuat demikian akan jatuh berdosa, itu sudah jatuh hukumnya haram.
Lihat video itu di bawah:
Tak digalakkan pun rupa-rupanya :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment