Budak Tersangkut Masa Main Zipline Di Bali Undang Perhatian Ramai - "Berani Ea Dia"
Nasib baik tak ada apa berlaku.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular sebuah video di media sosial apabila seorang kanak-kanak dilihat tersangkut ketika menaiki zipline
Difahamkan, kejadian itu berlaku di Pulau Nusa Penida, Bali apabila dia sedang asyik menaiki zipline berkenaan seorang diri.
Dalam video tersebut, tali zipline yang digunakan budak lelaki itu tersangkut dan gagal berfungsi di tengah-tengah perjalanan.
Situasi berkenaan dilihat oleh orang ramai yang ketika itu berada di sana. Keadaan menjadi lebih tegang selepas kanak-kanak berkenaan cuba memberanikan diri dengan menggerakkan dirinya.
Dia kelihatan menggoncang-goncangkan badannya supaya zipline tersebut kembali bergerak secara perlahan.
Pihak mengendalikan zipline didakwa tidak memenuhi syarat keselamatan
Menurut laporan Kompas, didapati pihak pengurusan tidak memenuhi beberapa piawaian untuk mewujudkan aktiviti flying fox, termasuk Analisis Kesan Alam Sekitar (Amdal) dan kajian daripada Pertubuhan Alat Serantau (OPD) berkaitan.
Difahamkan, pihak berkuasa kini telah menutup sementara aktiviti flying fox itu sejak 12 Julai yang lalu atas beberapa faktor keselamatan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!