Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ambulans Ditahan JPJ Tiada 'Road Tax', Rupa-Rupanya Dah Tamat Tempoh Sejak 13 Tahun Lalu!

Buat hal.

Cover image via JPJ Negeri Perak (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ambulans milik agensi perkhidmatan penyelamat kecemasan disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana tidak mempunyai cukai jalan selama 13 tahun

Ambulans yang didapati tidak mempunyai perlindungan insurans dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) itu ditahan ketika tugas rondaan dilakukan anggota penguatkuasa daripada Unit FALCON Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) JPJ Negeri Perak di Jalan Tun Abd Razak, Ipoh pada Selasa.

Hasil semakan menerusi Smart Enforcement Device (SmED) mendapati perlindungan insurans dan LKM atau cukai jalan ambulans berkenaan sudah tamat tempoh sejak 5 Mac 2010.

Image via JPJ Negeri Perak (Facebook)

Terdapat seorang pesakit di dalam ambulans ketika pemeriksaan dilakukan

Kenderaan itu disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala notis JPJ(P) 22 bagi dua kesalahan itu turut dikeluarkan.

"Ketika penahanan dan pemeriksaan dilakukan, terdapat seorang pesakit di dalam ambulans berkenaan untuk dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

"Anggota JPJ mengarahkan pemandu ambulans menghantar pesakit ke hospital terlebih dahulu sebelum membawa kenderaan itu ke ibu pejabat JPJ Negeri Perak untuk pemeriksaan lanjut," tulis JPJ Negeri Perak menerusi Facebook badan penguatkuasa itu semalam.

Image via JPJ Negeri Perak (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment