Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Anak Diuji Berbagai Bentuk Penyakit" - Nadir Al-Nuri Kongsi Keadaan Keluarga Di Rafah

Tentera Israel telah mengebom bandar Rafah di selatan Gaza, membunuh dan mencederakan ratusan orang awam Palestin.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Nadir Al-Nuri resah memikirkan keadaan dan nasib keluarga di Rafah

Menerusi sebuah laporan, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata dia bimbang akan keselamatan isteri dan tujuh anaknya yang ketika ini sedang berlindung di sebuah rumah di Rafah.

Difahamkan sekitar 20 sehingga 30 individu turut berlindung di kediaman tersebut dan menurutnya keadaan dilihat sedikit baik apabila dia dapat berhubung dengan keluarga setiap dua hari sekali.

"Saya kira dalam dua minggu lepas kita boleh berhubung semula, maksudnya dah ada sedikit elektrik, internet dan boleh berhubung.

"Sekarang ini kita boleh sebut Alhamdulillah mereka masih hidup. Sebab kalau kita nak kata sihat, susah dalam keadaan sekarang kerana tak cukup makan dan bercampur dengan orang ramai.

"Memang anak-anak diuji berbagai bentuk penyakit, tetapi Alhamdulillah, yang terbaik boleh kita harapkan ialah mereka masih lagi hidup dan itu sudah cukup baik untuk kami,"
katanya.

Image via @nadiralnuri (Instagram)

Bermimpi jumpa keluarga dan anak datang peluk

Tambah Nadir. dia mengakui tidak dapat tidur dengan lena pada waktu malam di samping melibatkan diri dengan pelbagai program pada waktu siang supaya dapat menenangkan diri buat seketika.

"Waktu malam kita bermimpi jumpa dengan keluarga dan anak-anak datang peluk. Kita akan bangun dalam keadaan yang cemas dan buka berita, adakah kawasan mereka duduk di bumi Rafah telah dibom atau berlaku apa-apa insiden tidak diingini.

"Jadi, setakat ini susah sikit nak tidur malam sebab malam ini tak boleh nak kawal. Siang kita boleh penuhkan masa dengan dengan (pelbagai) aktiviti," katanya lagi.

Katanya, lebih membuatkan dirinya gusar adalah apabila memikirkan kesihatan anak bongsunya yang baru berusia dua tahun menghadapi masalah komplikasi pernafasan.

Image via @nadiralnuri (Instagram)

Bersyukur keluarga masih mempunyai bekalan makanan memandangkan bantuan masih boleh dibawa masuk

Di sebalik kesulitan yang dialami, Nadir masih bersyukur keluarganya yang berada di Rafah masih mempunyai bekalan makanan disebabkan bantuan masih boleh dibawa masuk ke kawasan tersebut.

"Serangan oleh Israel masih berlaku melalui jalan udara, maksudnya belum lagi berlaku serangan melalui jalan darat.

"Kalau berlaku serangan jalan darat, akan berlaku risiko ribuan orang akan mati syahid setiap hari," tambahnya.

Kira-kira 1.4 juta warga Palestin yang hilang tempat tinggal kini berada di Rafah selepas tentera Israel mengusir rakyat Palestin dari utara Gaza ke selatan wilayah berkenaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment