Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Anak Kesal RM72,500 Duit Ibu Lesap Lepas Layan Scammer Di WhatsApp - “Mak Masih Tak Sedar"

Alahai, kesiannya.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita terpaksa menelan kepahitan selepas melihat wang milik ibunya hilang begitu sahaja akibat terlibat dalam skim penipuan di aplikasi WhatsApp

Baru-baru ini, tular di Facebook, menunjukkan seorang wanita meluahkan rasa kesal terhadap sikap ibunya yang tidak berhati-hati kerana selalu melayan mesej daripada individu yang tidak dikenali di aplikasi itu.

Wanita itu juga memuat naik perkongsian mesej ibunya dengan pihak scammer sebagai tujuan memberi pengajaran terhadap orang ramai agar tidak menerima nasib yang sama.

"Jumlah keseluruhan mak saya kena tipu sebab terlalu pandai dan usaha untuk gali kubur sendiri ialah RM58,745.

"Minta tolong sedara mara, jiran atau kenalan, kalau umi nak pinjam lagi duit atau merayu-rayu nak pinjam duit lagi, itu atas risiko sendiri.

"Kami adik beradik dah tak nak masuk campur dah. Sejak saya kerja di Johor, dah empat tahun ni, duit tiap-tiap bulan bagi RM1,000, abang slalu bagi RM300 ke RM400 sebulan, akak sulung slalu bagi RM500 ke RM600, tapi tak tahu lah apa lagi tak cukup," luahnya.

Image via Nur Shalwani Shari (Facebook)

Ibunya lebih mempercayai kata-kata orang luar berbanding anak-anak sendiri

Tambahnya, dia dan adik beradiknya yang lain pernah memesan kepada ibunya agar tidak melayan perkara yang tidak jelas di telefon bimbit, namun pesanan tersebut dikatakan tidak diambil serius kerana ibunya lebih mempercayai kata-kata orang luar.

Apa yang lebih membuatkannya marah adalah segala kerugian yang sebenarnya dikatakan lebih RM70,000 itu terpaksa ditanggung oleh mereka adik-beradik.

Namun, dia dilihat sudah melakukan laporan polis walaupun sudah mengetahui bahawa tiada peluang untuk mendapat semula wang tersebut.

"Saya dan suami dah ke balai polis untuk buat laporan, kami tahu duit yang hilang memang takkan dapat balik semua. Tapi untuk bagi umi sedar yang dia memang sudah ditipu.

"Kecewa, marah, sedih, penat semua ada, tapi mak masih tak sedar. Saya rasa saya dan suami dah selesai bahagian kami. Selebihnya kami serah pada ALLAH dan buat apa yang kami mampu lepas ni,"
katanya lagi.

Lihat posting penuh di bawah:

Lihat video penuh itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment