[VIDEO] Anak Kongsi Rutin Ayah Lepas Pemergian Ibu, Netizen Ikut Simpati & Boleh Relate
Pemergian orang yang disayangi itu amat menyakitkan.
Kehilangan insan yang disayangi bukanlah sesuatu perkara yang mudah
Kehilangan seseorang yang kita sayangi merupakan satu perkara yang terlalu menyedihkan dan menyakitkan bagi semua insan tidak kira lelaki atau perempuan.
Ia mengambil masa yang sangat lama untuk membiasakan diri dengan kehidupan harian selepas kehilangan pasangan hidup yang dicintai.
Baru-baru ini, tular sebuah video seorang individu yang berkongsi rutin ayahnya selepas pemergian ibunya telah meraih perhatian netizen.
Lihat video perkongsian itu di bawah:
Rindu isteri, ayah duduk di kerusi malas setiap petang
Menerusi video yang dimuat naik oleh @mashitahsedik, kelihatan ayahnya sedang termenung selepas kehilangan isteri tercinta kerana kanser payudara.
Dalam video tersebut, ayahnya sering membaca surah Yasin untuk ibunya sambil duduk di atas kerusi malas di hadapan pintu setiap petang.
Dia berkongsi ayahnya juga bertanya tentang keadaan arwah ibu mereka sebelum berangkat ke surau untuk mengerjakan solat Maghrib.
Image via @mashitahsedik (TikTok)
"Rindu yang paling sakit adalah rindu pada orang yang telah tiada" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersimpati melihat keadaan ayahnya. Malah, ramai yang boleh relate dengan situasi ini.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 215.8K views, 22.3K likes dan 387 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen netizen di TikTok:
Image via @mashitahsedik (TikTok)
Image via @mashitahsedik (TikTok)
Image via @mashitahsedik (TikTok)
Image via @mashitahsedik (TikTok)
Image via @mashitahsedik (TikTok)
Semoga mereka sekeluarga tabah dalam menempuhi ujian ini. Amin :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment