Anak Kucing Terlepas Masuk Kandang Harimau, Pekerja Zoo Terpaksa Tembak Air Elak Dibaham
Fuh berdebar tengok.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang pengunjung di Zoo Johor berkongsi insiden seekor anak kucing tersesat masuk ke dalam kandang harimau belang telah menjadi perhatian ramai
Menerusi video berdurasi 2 minit 20 saat yang dimuat naik oleh @anonymous_not, kelihatan anak kucing itu dikepong oleh dua ekor harimau belang yang seolah-olah menunggu masa untuk membahamnya.
"Unexpected free show harini dekat Zoo Johor. Nak tahu apa nasib kucing malang tu tengok sampai habis. Last sekali tu gaduh mulut salahkan sesama sendiri," tulisnya.
Image via @anonymous_not (TikTok)
Pekerja zoo terpaksa tembak air untuk alih perhatian 'pak belang'
Ekoran situasi cemas itu, salah seorang pekerja zoo terpaksa menyemburkan air kepada dua ekor harimau terbabit supaya mereka menjauhkan jarak dengan anak kucing itu.
Apa yang menggerunkan orang ramai adalah apabila salah seekor harimau itu mengaum tanda berang kerana diganggu.
Tidak lama selepas itu, dengan tindakan pantas pekerja zoo berkenaan yang berjaya mengambil anak kucing itu membuatkan para pengunjung bersorak.
Image via @anonymous_not (TikTok)
Image via @anonymous_not (TikTok)
Lihat video itu di bawah:
Nasib baik awak selamat cik meow, kalau tidak habis kena baham :/
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment