Anak Menangis Dah Tamat Sekolah Rendah, Netizen Pula Cuba Tenangkan - "SMK Lagi Best Dik"
Adik kan dah semakin membesar.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Umum telah mengetahui bahawa sekolah adalah sebuah tempat untuk mengajar dan belajar, malah ia juga sebagai platform bagi memberi dan menerima pendidikan formal
Biasanya seorang itu akan melalui beberapa jenis sekolah dan institusi pendidikan bermula dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan akhirnya ke universiti.
Sudah tentu, pasti banyak perkara manis di sekolah yang tidak boleh dilupakan. Sehingga ada yang sedih untuk meninggalkan zaman persekolahan betul tak?
Sama seperti video di TikTok ini memaparkan seorang pelajar lelaki yang dilihat sedih kerana baru tamat pengajian di sekolah rendah.
Image via @im_nor_atikah (TikTok)
Sedih dah habis sekolah rendah, cakap rindu cikgu
Menerusi video tersebut, kelihatan ketika itu ahli keluarga sedang menunggu kepulangaannya yang baru pulang daripada sekolah.
Namun, dia dilihat sudah pun menangis sebelum memasuki kereta. Perkara itu membuatkan si ibu dan adik-beradik lain bertanyakan mengapa dia menangis.
Dia kemudian memberitahu mengangguk ya, kerana ia adalah hari terakhir sekolah dan juga rindu pada semua cikgu kelak.
"Hari last aku dulu terus blah je" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka dan cuba menenangkannya.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.1M views, 58.5K likes dan 2,283 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @im_nor_atikah (TikTok)
Image via @im_nor_atikah (TikTok)
Image via @im_nor_atikah (TikTok)
Image via @im_nor_atikah (TikTok)
Lihat video itu di bawah:
Sabar dik, panjang lagi perjalanan awak ni :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment