Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Anak Mengadu Sakit Kemaluan & Dubur, Ibu Terkejut Semua Angkara Cikgu Di Pusat Asuhan

Memalukan!

Cover image via @hafizmahamad (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai seorang ibu bapa, kita pasti akan menjaga anak-anak kita seperti menatang minyak yang penuh

Apatah lagi jika mereka baru saja mahu mengenali kehidupan di dunia ini. Zaman sekarang ini macam-macam perkara boleh berlaku terutama sekali gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

Perkara ini perlu dielakkan dalam masyarakat kita dan pelakunya harus diambil tindakan yang tegas dengan apa yang telah dilakukan.

Baru-baru ini, usahawan terkenal Hafiz Mahamad berkongsi berita yang menyayat hati daripada salah seorang pekerjanya telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Anak mengadu sakit di bahagian kemaluan dan cerita apa yang berlaku

Menerusi video tersebut, kelihatan Hafiz Mahamad dan isterinya berada di sebuah hospital untuk melawat keadaan anak pekerjanya itu.

Difahamkan, ibu kepada kanak-kanak tersebut merupakan seorang ibu tunggal yang bekerja. Disebabkan itu, dia telah menghantar anak perempuannya ke pusat asuhan.

Namun, si ibu tidak menyangka lain pula yang terjadi apabila anaknya itu memberitahu sakit di bahagian kemaluan dan duburnya. Apabila ditanya, dia menjawab ia telah dilakukan oleh gurunya.

Dia sebelum itu tidak mengesyaki apa-apa, tetapi dia mula perasan semasa dia menghantar anaknya pergi sekolah, anaknya tidak mahu disambut dengan guru lelaki berkenaan dan tidak mahu masuk. Difahamkan, kes ini telah dilaporkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Image via @hafizmahamad (TikTok)

"Allahu, macam-macam lah orang zaman sekarang ni. Pastikan orang yang buat tu jangan bagi lepas" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut mengecam perbuatan yang dilakukan oleh pelaku itu dan berharap agar ianya mendapat tindakan segera.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.9M views, 266.3K likes dan 5,542 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @hafizmahamad (TikTok)

Image via @hafizmahamad (TikTok)

Image via @hafizmahamad (TikTok)

Image via @hafizmahamad (TikTok)

Harap pelaku tersebut dapat balasan yang setimpal!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment