"Siap Ambil Piala Dunia" - Warganet Meluat Tengok Perangai Salt Bae Paksa Messi Bergambar
Tak patut macam itu.
FIFA menghadapi persoalan selepas chef selebriti Nusret Gokce yang lebih dikenali sebagai Salt Bae kerana mendapat akses ke padang di Stadium Lusail selepas final Piala Dunia, dan dilihat menyentuh trofi ikonik itu
Gokce dilihat menarik kapten Argentina, Lionel Messi dalam usaha menarik perhatiannya, walaupun dia berulang kali ditolak bintang PSG berkenaan.
Walaupun Messi dilihat nampaknya 'tidak menghiraukan' chef Salt Bae, yang kelihatan berulang kali memintanya bergambar bersama. Dia akhirnya dapat bergambar dengan bintang itu.
Lihat video itu di bawah:
Siap ambil trofi dari pemain dan gigit pingat
Chef terkenal itu kekal di atas padang dalam kalangan pemain Argentina yang meraikannya. Dia juga dilihat telah melanggar peraturan ketat FIFA mengenai siapa yang boleh menyentuh trofi Piala Dunia yang diraih Argentina selepas perlawanan akhir yang menakjubkan yang berakhir dengan sepakan penalti.
Bukan itu saja, dia dilihat turut mengigit pingat salah seorang pemain tersebut semasa sedang bergambar.
Perkara itu membuat peminat sukan itu tidak berpuas hati dan meluat melihat perangainya yang tidak menghormati kemenangan pasukan berkenaan.
"Dia ingat orang pernah makan kat kedai kau, dia jadi bff kau" - Warganet
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet memberikan komen negatif terhadap chef terkenal itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 15.3M views, 3,276 retweets dan 45.9K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!