Anak Terlalu Minat Dengan Lori Sampah, Tak Lepas Peluang Jumpa Pekerja Ucap Terima Kasih
Bagus adik-adik ni ya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap kanak-kanak pasti sudah dididik untuk menjadi orang yang berguna dan terbaik bila besar nanti
Oleh itu, ramai yang meluahkan hasrat mereka untuk menjadi seperti yang mereka lihat. Suasana disekeliling juga sangat mempengaruhi minda mereka untuk lebih peka dan faham akan situasi.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang wanita berkongsi perangai si anak yang suka melihat lori sampah telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Teruja setiap kali nampak lori sampah datang kawasan rumah
Menerusi video tersebut, wanita itu berkongsi anak lelakinya yang terlalu minat melihat lori sampah serta pekerjaan tersebut.
Menurutnya, ia adalah satu kerja yang baik kerana menjaga alam sekitar. Malah, difahamkan setiap kali dia terjumpa dengan pekerja tersebut, dia akan mengucapkan terima kasih dan meluah untuk menjadi seperti mereka apabila sudah dewasa nanti.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Didikan mak ayahnya sangat hebat, semoga menjadi anak yang soleh solehah ya" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan respon yang positif terhadap video itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M views, 207.9K likes dan 4,201 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @eyjarahim (TikTok)
Image via @eyjarahim (TikTok)
Image via @eyjarahim (TikTok)
Image via @eyjarahim (TikTok)
Image via @eyjarahim (TikTok)
Image via @eyjarahim (TikTok)
Suka tengok kecil-kecil dah ada fikiran positif macam ini :)
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment