Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Anak Terperangkap Dalam Longkang, Cara Anjing Ini Minta Bantuan Undang Pujian Ramai

Pandai, siap tunjuk arah lagi.

Cover image via @hezrazenky (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sama seperti manusia, haiwan juga mempunyai sifat keibuan

Haiwan dilihat cenderung untuk memberi perhatian yang sepenuhnya kepada anak-anak mereka. Hal ini termasuklah memberi susu, makanan dan melindungi anak-anak mereka daripada bahaya.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini berkenaan tindakan seekor anjing yang meminta bantuan seorang pemuda untuk menyelamatkan anak-anaknya telah meraih perhatian netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Anjing minta tolong selamatkan anak, pemuda ini sempat pula bebel macam mak-mak

Menerusi video yang dimuat naik oleh @hezrazenky, kelihatan seekor anjing sedang meminta bantuan seorang pemuda untuk menyelamatkan anaknya yang terperangkap di dalam longkang.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila anjing tersebut pandai menunjukkan arah di mana keberadaan anak-anaknya itu.

Pada akhir video, pemuda tersebut dilihat menyelamatkan anak-anak anjing itu sambil membebel seperti mak-mak. "Hah main lagi dalam longkang", bebelnya.

Image via @hezrazenky (TikTok)

Image via @hezrazenky (TikTok)

Image via @hezrazenky (TikTok)

"Kasih ibu. Binatang pun ada perasaan, tak kisah kena bebel janji anak selamat" - Netizen

Ekoran tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3.2M tontonan, 330.9K tanda suka dan 11.4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memuji cara anjing itu meminta bantuan.

Malah, ada juga yang terhibur dengan bebelan pemuda tersebut. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @hezrazenky (TikTok)

Image via @hezrazenky (TikTok)

Image via @hezrazenky (TikTok)

Image via @hezrazenky (TikTok)

Image via @hezrazenky (TikTok)

Anjing tu pun percaya dekat abang untuk selamatkan anak dia. Walaupun abang membebel, tetapi tetap nak tolong juga :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment