Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Apa Yang Dibangga Dengan Oscar" - PU Syed Hairan Ramai Bangga Dengan Kejayaan TSMY?

Sebagai rekod, TSMY berjaya meraih Pelakon Wanita Terbaik dalam Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95.

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, aktres kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, 61, menepati ramalan ramai apabila diumum sebagai Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 yang disiar secara langsung dari Dolby Theatre

Beliau sekaligus telah menewaskan empat calon hebat lain iaitu Andrea Riseborough yang membintangi filem To Leslie; Cate Blanchett (Tar); Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde).

Kejayaan beliau ini ternyata telah membanggakan seluruh rakyat Malaysia. Malah, beliau merupakan aktres Asia pertama yang berjaya menggenggam trofi berprestij tersebut.

Namun, dalam pada semua orang sibuk mengucapkan tahniah dan berbangga di atas kejayaan beliau itu, PU Syed menerusi hantaran Instagramnya pula berkongsi pendapatnya tentang anugerah tersebut.

Lihat posting itu di bawah:

Image via @pusyed_official (Instagram)

Minta tidak perlu berbangga dengan sesuatu yang tidak bermanfaat

Menerusi video tersebut, kelihatan PU Syed menerusi hantaran Instagramnya berkongsi pendapatnya selepas saja kejayaan Tan Sri Michelle Yeoh yang memenangi trofi di Oscar.

"Apa dibangga dengan anugerah Oscar? Membanggakan Malaysia? Apa yang perlu dibanggakan sangat tu?"

"Kita tak boleh berbangga dengan sesuatu yang tidak bermanfaat kepada urusan agama. Biarlah mereka nak berbangga dengan kejayaan itu tidak kepada yang beriman," tulisnya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Iluminasi

"Apa masalah you, orang dapat Oscar you jealous ke" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 880 likes dan 37 comments di Instagram.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Instagram:

Image via @pusyed_official (Instagram)

Image via @pusyed_official (Instagram)

Image via @pusyed_official (Instagram)

Tahniah sekali lagi buat Michelle Yeoh atas kemenangan beliau :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment