AS, Israel & Hamas Dilaporkan Hampir Capai Perjanjian Gencatan Senjata 5 Hari Di Gaza
White House juga memaklumkan, persetujuan itu belum dicapai dan masih ‘banyak perkara’ perlu dibincangkan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Amerika Syarikat (AS), Israel dan Hamas kini hampir mencapai perjanjian bagi pembebasan puluhan wanita dan kanak-kanak yang dijadikan tebusan di Gaza sebagai pertukaran untuk gencatan senjata selama lima hari.
Menerusi laporan Reuters, memetik sumber Washington Post yang biasa dengan perkembangan terbaharu itu.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian terperinci enam muka surat, semua pihak akan membekukan operasi pertempuran selama sekurang-kurangnya lima hari manakala 50 atau lebih tebusan dibebaskan dalam kumpulan yang lebih kecil setiap 24 jam", lapor Washington Post.
Hamas mengambil kira-kira 240 tebusan ketika serangan 7 Oktober.
Image via reuters.com
Akhbar itu berkata pengawasan dari udara akan memantau pergerakan darat untuk membantu polis menetapkan jadual, yang juga bertujuan membolehkan sejumlah besar bantuan kemanusiaan disalurkan.
Pembebasan tebusan boleh bermula dalam beberapa hari akan datang, menurut sumber yang dekat dengan perjanjian itu.
Sementara itu, White House memaklumkan, persetujuan itu belum dicapai dan masih ‘banyak perkara’ perlu dibincangkan
“Kami akan terus berunding untuk mencapai persetujuan tersebut.” kata jurucakap Majlis Keselamatan Kebangsaan White House, Adrienne Watson menerusi X.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment