Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Asyik Kena Rompak, Lelaki Ini Ambil Keputusan Ubahsuai & Buang Semua Tingkap Pada Rumahnya

Rumah Hanif yang berkeluasan 20 kaki panjang dan 16 kaki lebar itu hanya mempunyai dua pintu sahaja, iaitu pintu hadapan dan pintu belakang.

Cover image via Bernama

“Rumahku Syurgaku” adalah ayat yang sering disebut-sebut oleh kebanyakan orang

Iyalah, bagi kebanyakan orang, rumah bukan sekadar tempat berteduh tetapi ia juga merupakan mahligai untuk didiami sepanjang berada di muka bumi ini. Maka, ramai di antara kita inginkan rumah yang boleh mendapat pencahayaan semula jadi. 

Image via Superhit Ideas

Pencahayaan semula jadi ini bukan sahaja mampu membuatkan sesebuah rumah itu dianggap 'sedap mata memandang' tetapi ia memberi begitu banyak faedah kepada rumah serta pemilik rumah. Selain daripada mengurangkan penggunaan tenaga elektrik pada waktu siang, penggunaan cahaya semula jadi ini juga membantu merangsang vitamin D, meningkatkan produktiviti dan memperbaiki suasana keseluruhan.

Walau bagaimanapun berbeza buat seorang lelaki ini yang memilih untuk membina rumahnya tanpa sebarang tingkap

Mohammad Hanif Allah Pitchay yang menetap di negeri Perlis itu memilih untuk membuang kesemua tingkap di rumahnya gara-gara pernah dirompak sebanyak dua kali mengakibatkan dia kehilangan sejumlah wang serta motosikal.

Image via Bernama

Ekoran daripada kejadian terbabit, rumah Hanif yang berkeluasan 20 kaki panjang dan 16 kaki lebar itu kini mempunyai dua pintu sahaja, iaitu pintu hadapan dan pintu belakang.

Memetik laporan Bernama, suasana pada ruang dalam rumah teres berkenaan sedikit malap, dan hanya samar-samar cahaya matahari mampu masuk menerusi pintu serta ruang udara kipas ekzos yang dipasang dalam rumah.

Image via Bernama

Bukan itu sahaja, kos mengubah suai rumah yang menelan belanja hampir RM100,000 itu kini mempunyai dua ruang tamu, dua bilik air dan lima bilik tidur termasuk pejabat mini serta sebuah dapur.

Menurut Hanif, idea mengubah suai rumah tanpa tingkap itu turut datang daripada ibunya yang menganggap ruang tingkap sangat leceh untuk dijaga

Bahkan, dengan ketiadaan tingkap kerja hariannya menjadi lebih mudah dan dia berasa sangat gembira dengan kelainan yang ada pada rumahnya itu.

Image via Bernama

Berbicara mengenai keselamatan rumah, Hanif memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar rumahnya bagi mengesan kehadiran tetamu serta sistem penggera pada pintu hadapan dan pintu belakang. Pada waktu siang, lampu hanya dibuka untuk kegunaan tertentu sahaja kerana cahaya dari luar yang masuk sudah mencukupi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, Ruhisya Haris berkata tiada kesalahan dari segi keselamatan bagi pembinaan rumah tanpa tingkap, selagi pemilik kediaman persendirian tahu mengendalikan sistem keselamatan kebakaran dan tidak menjalankan aktiviti berbahaya atau membuat stor penyimpanan gas di rumah.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment