seismik

Tahukah Anda Rumah Melayu Dinobatkan Antara Architecture Terbaik Di Dunia? Ini Sebabnya...

Terbaiklah!

Cover image via Pinterest

Bila balik kampung je mesti akan rasa excited sebab suasana yang begitu menenangkan dan juga vibes kampung yang sememangnya lain daripada di bandar. Tenang je...

Yang penting, jenis Rumah Melayu di kampung lebih sejuk dan selesa berbanding rumah di bandar. Tanpa menggunakan penghawa dingin pun sudah sejuk, lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Memang lena kalau dapat tidur di rumah kampung.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Pernahkah anda tahu bahawa Rumah Melayu telah dinobatkan antara architecture yang terbaik di dunia?

Power tak power? :D

Image via Giphy

Seorang pengguna Facebook iaitu Nazia Suhaimi telah berkongsi serba sedikit tentang fakta Rumah Melayu yang mungkin ramai tidak tahu.

Perkongsian ini juga telah meraih sebanyak 5.4k shares di laman Facebook miliknya ketika artikel ini ditulis.

Baca penuh di bawah:

Menurutnya, dia sangat sukakan Rumah Melayu dan ingin berkongsi sedikit ilmu supaya orang ramai lebih memahami tentang setiap bahagian yang ada di Rumah Melayu ini

LALUAN ANGIN:

Perasan tak, bila kita balik ke kampung, rumah kayu ni sejuk saja. Nak-nak lagi pada waktu tengah malam, pehhh kalah rumah berhawa dingin. Merekot kesejukan kalau tak ada selimut.

Sebabnya, rumah kayu ada banyak laluan angin. Papan lantai rumah ada sedikit ruang. Atas tingkap ada lubang angin. Bumbung pula kebiasaannya berlapis. Kalau tidak pun, mesti ada lubang angin.

Kenapa?

Sebab haba (angin panas) bergerak dari bawah ke atas. Bila ada banyak lubang angin, haba ada laluan untuk keluar. Sebab itu, kalau rumah ada siling tinggi rasa kurang panas berbanding dengan rumah bersiling rendah.

Image via Google
Image via Google

Pintu masuk lelaki dan perempuan adalah berbeza. Kenapa?

Masa saya kecil-kecil dulu, bila ikut Mak pergi kenduri di kampung, orang perempuan mesti masuk ikut pintu tengah atau pintu dapur. Saya jadi pelik. Macam tak adillah, sebab ayah masuk ikut pintu depan.

Rupanya, pengaruh Islam bukan setakat pada agama saja, bahkan dalam kehidupan seharian orang Melayu itu sendiri.

Image via Google

Sebab itu ada 2 pintu. Biasanya ruang anjung atau serambi, ruang untuk orang lelaki berbual-bual.

Orang perempuan pula bersosial sebelah dalam rumah; bahagian dapur atau rumah ibu. Rumah ibu ni biasanya bahagian tengah rumah dan sedikit luas. Kalau tengok cerita drama, biasanya mak-mak terlantar sakit di ruang rumah ibu inilah.

Bukan setakat itu sahaja, pernahkah anda terfikir kenapa rumah kampung ini dibina dengan tinggi?

Rumah kampung dulu tak ada pagar. Masa dulu, orang lalu celah-celah rumah kalau nak ke kedai atau surau. Cuba bayangkan kalau kita tak dapat kawal mata, mau kita skodeng rumah orang lain. Atas sebab itu jugalah, kenapa rumah kampung biasanya tinggi-tinggi.

Selain itu, nak elak binatang buas atau liar masuk ke dalam rumah dan juga faktor iklim kita iaitu musim hujan yang kadang-kalanya menyebabkan banjir.

Lagipun, ruang bawah rumah boleh dijadikan tempat simpanan barang. Macam stor.

Image via Google

Jika anda ingin solat, sangatlah mudah untuk mencari arah kiblat. Sebab selalunya memang akan tegak dan lurus sahaja.

Bila saya balik kampung Mak atau Ayah, nak cari kiblat cukup mudah. Bentang saja sejadah, tegak dan lurus.

Biasanya bahagian depan dan belakang rumah menghadap arah Utara Selatan. Manakala bahagian kiri kanan rumah menghadap Timur Barat. Secara tak langsung, rumah menghadap kiblat dan laluan angin (cross ventilation). Sebab itu kalau duduk di serambi, sedap ditiup angin sepoi-sepoi.

Orang dahulu, bukan setakat bahasanya indah. Semuanya berseni. Bahkan susun atur rumah pun bermaksud.

Ini sajalah yang saya boleh share. Jenuh jugalah nak ingat kembali apa yang saya study dulu. Dengan harapan, dah tua nanti merasa duduk kampung ada kebun.

Manalah tahu kan.

Seronoknya kalau dapat settle down di kampung halaman masing-masing pada hari tua nanti. :)

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jika anda inginkan idea atau inspirasi untuk mengubah suai rumah, boleh lihat artikel di bawah:

You may be interested in: