Aunty Ini Jelaskan Macam Mana Nak Tahu Beza Jagung Asli & Tiruan Di Cameron Highlands
Oh, baru tahu!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Musim cuti ini memang ramai sudah merancang percutian mereka bersama keluarga
Inilah masanya untuk merehatkan minda dan kesibukan selepas bekerja. Waktu inilah masing-masing dapat meluang waktu bersama keluarga mahupun rakan-rakan.
Sudah tentu pasti ramai yang sudah merancang percutian mereka lebih awal bagi mengelakkan daripada tempahan penuh betul tak?
Tidak kira bercuti di dalam ataupun di luar negara. Di Malaysia saja banyak tempat menarik kita boleh pergi. Salah satunya di Cameron Highlands. Malah, Cameron Highlands juga terkenal dengan tempat sayur dan buah-buahan yang segar.
Namun, lain pula yang terjadi dengan seorang individu ini apabila dia meluahkan rasa kesal ditipu penjual ketika membeli jagung.
Image via @haniffeskandar (TikTok)
Kena tipu beli jagung di Cameron, minta peniaga ini jelas macam mana nak tahu original
Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki tersebut memberitahu dia telah membeli jagung di sebuah kedai di Cameron Highlands. Namun, bila merasanya, ia tidak manis seperti yang dirasakan pada tester.
Dia kemudian terjumpa sebuah dan bertanyakan tentang keaslian jagung yang dijual. Peniaga itu dengan senang hatinya terus memberitahu bagaimana mahu mengetahui jagung yang asli dan tiruan.
Menurutnya, banyak sekarang kedai di sini yang menjual jagung tiruan dengan harga yang lebih murah dan ianya bukan hasil tanaman di sini.
Dia menunjukkan warna jagung mutiara lebih pekat dan isinya lebih besar jika dibandingkan dengan tiruan.
Difahamkan, ia bukanlah jagung tiruan semata, tetapi apa yang membezakannya adalah jagung daripada Cameron dan luar Cameron. Sebab itu ia kurang manis.
"Suka cara penerangan auntie ni. Bahasa Melayu pun A+" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 830.8K views, 23.6K likes dan 1,339 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @haniffeskandar (TikTok)
Image via @haniffeskandar (TikTok)
Image via @haniffeskandar (TikTok)
Image via @haniffeskandar (TikTok)
Image via @haniffeskandar (TikTok)
Lihat video itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment