seismik

Buat Lagu Pasal Ketum & Ganja, Muzik Video Pemuda Dari Pantai Timur Terima Reaksi Ramai

Boleh pula ya jadi lagu.

Cover image via DIKIR PRODUCTION OFFICIAL (YouTube)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman sekarang, industri hiburan negara semakin rancak dengan kehadiran daripada generasi muda

Mereka inilah yang akan menyerikan lagi industri hiburan dengan pelbagai jenis karya menarik. Tak dinafikan, golongan muda ini sedikit sebanyak telah menaikkan juga nama Malaysia dengan karya mereka.

Namun, berbeza pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang pemuda daripada negeri Kelantan menyanyikan lagu berkenaan ketum dan ganja telah mendapat reaksi ramai.

Menerusi video tersebut, seorang pengguna di laman X berkongsi lagu yang dinyanyikan oleh pemuda itu. Difahamkan, lagu itu adalah mengenai penggunaan ketum dan juga ganja.

"Bangga pula buat lagu pasal ketum, ubat batuk, ganja.
Ulamak korang tak ajar nilai-nilai Islam kah?",
tulis pengguna di laman X.

"Ingat boleh masuk muzik-muzik kot lagu macam ni hahaha" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen ada yang mengecam dan memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 437 repost, 481 likes dan 59 comments di laman X.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman X:

Image via X
Image via X
Image via X

Lihat muzik video penuh itu di bawah:

Senang betul budak muda sekarang buat lagu ya :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

More stories to read: