Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Awas! MCMC Kini Pantau Individu Yang Buat Kandungan Parodi Lagu Abuya, GISB Holdings

Segelintir netizen menjadikan isu melibatkan GISBH sebagai bahan parodi atau jenaka.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) giat memantau kandungan media sosial membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH)

Ia termasuk video lagu yang ditularkan dan dijadikan parodi oleh segelintir pengguna. Dalam pada itu, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan agensi yang bertanggungjawab menyiasat kumpulan berkenaan sekiranya terdapat permintaan.

Menurut laporan Berita Harian, beliau memberitahu antara tindakan yang boleh diambil adalah menurunkan hantaran berkenaan (parodi). Pada masa sama meminta orang ramai mendengar nasihat pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), polis dan lain-lain.

Image via @pukasmalaysia (TikTok)

"Kalau kami terima laporan berhubung perkara itu, kami akan ambil tindakan," katanya selepas melawat Tapak Infrastruktur Komunikasi JENDELA fasa satu di Felda Inas.

Beliau mengulas mengenai tindakan segelintir netizen menjadikan isu melibatkan GISBH sebagai bahan parodi atau jenaka di pelbagai platform media sosial ketika ini.

Sebelum ini lagu nyanyian ahli kumpulan terbabit termasuk melibatkan pengasas Al-Arqam tular di media sosial sehingga mendapat perhatian masyarakat.

Image via @pukasmalaysia (TikTok)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment