Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ayah Mentua Menangis, Akhirnya Dapat Timang Cucu Sulung Lepas 2 Kali Isteri Gugur. Sebak!

Siapa je yang tak sebak kan.

Cover image via @anokma0 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap pasangan suami isteri yang baru berkahwin sudah tentu teruja ingin menunggu dua garisan pada alat penguji kehamilan

Namun kita harus ingat bahawa itu adalah rezeki yang telah diatur oleh Allah SWT. Ada pasangan yang mendapat cahaya mata awal, ada juga yang bertahun-tahun lamanya menunggu kehadiran zuriat.

Selain suami isteri, ibu bapa juga merupakan orang yang tidak sabar untuk menimang cucu sulung masing-masing. 

Sama seperti sebuah rakaman yang dikongsi oleh seorang lelaki di TikTok ini apabila ayah mentuanya mengalirkan air mata selepas mendapat cucu pertama telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Isteri pernah dua kali gugur, akhirnya dapat rezeki timang cucu sulung

Menerusi video yang dimuat naik oleh @anokma0, kelihatan rakaman itu memaparkan ayah mentuanya mendukung anaknya yang baru saja lahir beberapa hari lalu.

Apa yang membuatkan ramai sebak adalah apabila dia mengalirkan air mata semasa mendukung cucu sulungnya itu seolah-olah sangat gembira menerima kehadiran si kecil.

"Air mata seorang bapa untuk cucunya. Mentua aku menangis sebab sangat bahagia dapat cucu sulung penantian hampir 3 tahun. 2 kali wife aku gugur," katanya di kapsyen.

Image via @anokma0 (TikTok)

Image via @anokma0 (TikTok)

"Orang kata, cucu pertama ni ibarat dapat anak pertama. Tu sebab atuknya nangis" - Netizen"

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 218.6K tontonan, 8.4K tanda suka dan 124 perkongsian di laman TikTok.

Rata-rata netizen turut sebak melihat reaksi ayah mentua lelaki itu. Malah, ramai yang menyifatkan si kecil itu pasti menjadi cucu kesayangan atuk dan nenek. Oleh itu, janganlah marah dan sentuh mereka kerana kita akan dimarahi semula.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @anokma0 (TikTok)

Image via @anokma0 (TikTok)

Image via @anokma0 (TikTok)

Image via @anokma0 (TikTok)

Image via @anokma0 (TikTok)

Image via @anokma0 (TikTok)

Image via @anokma0 (TikTok)

Image via @anokma0 (TikTok)

Alhamdulillah, penantian yang sangat membahagiakan. Tahniah di atas kehadiran anak dan cucu pertama dalam keluarga :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment