[VIDEO] Buai Cucu Sambil Nyanyi Lagu, Atuk Sporting Siap Hantar Bukti Gambar Dekat Anak
Santai atuk!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dinafikan, kasih sayang seorang atuk terhadap cucunya memang sangat istimewa
Percaya atau tidak, walaupun garang dengan anak-anak, mereka tetap akan kalah dengan ragam cucu.
Seperti sebuah video di TikTok ini yang memaparkan seorang atuk mendodoikan cucunya telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Feeling buai cucu sambil dendang lagu, siap hantar bukti gambar dekat anak
Menerusi perkongsian video daripada @qiqiosman, kelihatan ayahnya itu sedang mendodoikan anaknya di dalam buaian.
Apa yang menarik perhatian, dia siap mendendangkan sebuah lagu khas untuk menidurkan cucunya itu.
Malah, anaknya juga berkongsi beberapa keping gambar yang dihantar oleh si ayah tanda bukti dia menjaga cucu-cucunya.
"Hahah sebijik macam abah saya, macam ni la perangai dia dengan cucu-cucu" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 56.6K tontonan, 6.2K tanda suka serta 167 perkongsian di TikTok.
Rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat atuk itu. Ada juga yang memuji keakrabannya dengan cucu-cucu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: