seismik

Gelagat ‘Mak-Mak’ Struggle Nak Rakam Video Sendiri & Flip Guna Camera Belakang. Comel!

Kenapa comel sangat?

Cover image via

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan, teknologi kita kini semakin canggih dengan adanya keluaran telefon pintar yang baru setiap tahun

Bagi golongan remaja, ia tidak menjadi masalah kerana mereka cepat belajar dan tahu tentang gajet-gajet canggih ini.

Namun, tidak bagi golongan berumur seperti ibu bapa serta atuk nenek kita. Mereka perlu diajar untuk menggunakan telefon pintar tambahan pula dengan features sekarang yang mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya adalah penggunaan kamera belakang.

Seperti sebuah video di TikTok ini yang memaparkan gelagat dua orang mak cik yang tidak tahu untuk flip kamera belakang telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@lindaaliass

Situasi mama and makdak struggle nak flip video guna camera belakang failed

Monkeys Spinning Monkeys - Kevin MacLeod

Nak flip kamera belakang tapi tak tahu, akhirnya dua-dua mengaku tak reti

Menerusi perkongsian video daripada @lindaaliass dengan kapsyen "situasi mama and makdak struggle nak flip video guna camera belakang failed," kelihatan ibu dan mak ciknya itu sedang berada di dalam kereta untuk menuju ke sebuah destinasi.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah apabila mereka ingin merakam video menggunakan kamera belakang di telefon tetapi tidak tahu bagaimana untuk melakukannya.

Lebih melucukan lagi, setelah beberapa kali mencuba mereka masih tidak berjaya flip kan kamera itu ke belakang dan akhirnya dua-dua mengaku tidak reti untuk menggunakannya.

"Saya tengok dengan ibu, dia gelak hahahaha sebab dia kata macam dia" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 245.6K views, 35.4K likes serta 765 shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua orang mak cik tersebut. Malah, ramai yang mengatakan perangai ibu mereka juga seperti itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Perangai mak korang macam ni juga ke? Comel je, terhibur tengok! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: