seismik

Curi-Curi Ambil Gambar Masa Tidur, Gelagat Pak Cik & Mak Cik Ini Buat Ramai Dapat Relate

"Old and gold" - Netizen.

Cover image via @dayanaradzuan (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Gurau senda antara suami dengan isteri adalah lumrah dalam kehidupan berumah tangga

Kalau tidak diselitkan gurauan, mana mungkin sesebuah hubungan itu berkekalan lama bukan? Lihat saja keakraban antara ibu dan ayah kita yang sudah lama berumah tangga, pasti ada saja gurau senda yang mereka lakukan.

Tidak terkecuali dengan sebuah video viral di TikTok ini apabila gelagat sepasang suami isteri merakam sesama sendiri ketika tidur mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Teman anak dekat hospital, sempat curi-curi ambil gambar sesama sendiri

Menerusi video yang dimuat naik oleh gadis bernama @dayanaradzuan, kelihatan pada mulanya dia sedang merakam aksi ayahnya yang mengambil gambar si isteri secara senyap-senyap semasa mereka menemaninya di hospital.

Selepas menyelesaikan misi tersebut, ayahnya dilihat membuat riak muka puas hati dan seperti ingin berkongsi gambar tersebut di dalam group WhatsApp keluarga mereka.

Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah selepas beberapa minit ayahnya pula tertidur di kerusi malas dan ibunya bertindak untuk membalas dendam dengan mengambil semula gambar ayahnya itu sambil ketawa.

"Nampak muka keriangan dua-dua tu, sweet! Bapak aku pun suka ambik muka mak aku tidur lepastu didajalnya hahaha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini mendapat 299.5K views, 63.3K likes dan 1.4K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dan dapat relate dengan gelagat ibu dan ayah gadis itu.

Malah, ada yang meluahkan rasa rindu terhadap ayah mereka yang sudah meninggal dunia kerana mempunyai sifat yang sama seperti ayah Dayana.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alahai, so sweetlah pak cik mak cik! Semoga berkekalan hingga ke jannah ya :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: