seismik

"Umi Mengandung Lagi" - Baru 3 Bulan, Tak Sangka Baby Ini Bakal Dapat Adik Baru. Rezeki!

Rezeki tak pernah salah alamat.

Cover image via @asma_mekthai29 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Cahaya mata merupakan rezeki yang tidak tertanding nilainya daripada Allah SWT

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pastinya merancang untuk menimang berapa orang zuriat mengikut kemampuan masing-masing. Ada yang memang inginkan jarak umur antara anak mereka antara dua hingga tiga tahun.

Namun, ada juga yang tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan zuriat lain dalam tempoh masa yang singkat.

Sama juga seperti sebuah video ini apabila seorang wanita berkongsi kisahnya yang mengandung lagi walaupun anak bongsu baru saja berusia tiga bulan telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@asma_mekthai29

korang tolong tgok sampai abis .jgn kecam saya tau##fyp ##viral2021viral

bunyi asal - Mimoi

Anak bongsu baru lahir tiga bulan, tup-tup dah mengandung lagi

Menerusi video yang dikongsi oleh @asma_mekthai29, kelihatan dia baru saja melahirkan anak bongsunya tiga bulan lepas.

Tetapi, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila dia memberitahu rupa-rupanya hadir seorang lagi penghuni di dalam rahimnya sejak dua bulan lalu.

"Korang tolong tengok sampai habis, jangan kecam saya tau. Tahun depan masuk bilik bersalin lagilah jawabnya," katanya.

"Alhamdulillah rezeki, bestnya subur. Saya ni dah 2 tahun masih belum merasa lagi" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah meraih 431.5K views, 22.9K likes dan 679 shares di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pendapat mereka masing-masing mengenainya.

Ada yang mengatakan seeloknya biarkan anak membesar dahulu baru merancang anak seterusnya. Ada juga yang memberikan kata-kata positif.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lain orang lain rezekinya, apa-apa pun doakan je yang baik-baik untuk sis ni :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: