seismik

"Sayang Sangat" - Abang Sakit Baru Lepas Sunat, Adik Pula Yang Beria Nangis & Siap Jaga

Alololo. Siblings goals!

Cover image via @erniealwin (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dalam Islam, setiap lelaki diwajibkan untuk bersunat seelok-eloknya semasa kecil lagi

Tidak dapat dinafikan, sudah pastinya pengalaman bersunat itu tidak dapat dilupakan sampai ke besar bagi setiap orang lelaki kerana terpaksa menahan sakit beberapa minggu.

Namun, lain pula yang jadi dalam sebuah video tular ini apabila seorang kanak-kanak perempuan turut menangis selepas abangnya bersunat telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Abang baru lepas sunat, tapi adik yang beria nangis

Menerusi video yang dimuat naik oleh @erniealwin, kelihatan kanak-kanak lelaki itu sedang baring sambil menangis kerana sakit baru lepas bersunat.

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah apabila adik perempuannya turut menangis seolah-olah tidak sanggup melihat abangnya kesakitan sambil mengelap air mata si abang.

Bak kata ibunya, cubit peha kanan peha kiri pun terasa sekali. Ternyata, adik-beradik itu memang rapat dan sifat kasih sayang jelas terlihat apabila kanak-kanak perempuan itu dilihat tidak mahu berganjak daripada menjaga abang kesayangannya.

"Alahai, sayang betul kat abang dia. Moga sampai akhir hayat hubungan adik-beradik ni berkekalan" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih sehingga 1.2M views, 104K likes serta 3.7K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut memuji keakraban adik-beradik itu serta didikan yang bagus daripada ibu bapa mereka.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sweet betul adik dia. Mesti dua beradik je ni tu yang rapat sangat :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: