“Janganlah Potong Semua” - Netizen Terhibur Tengok Ragam Budak Ini Takut Kena Sunat
Kesian pun ada, lawak pun ada.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Dalam Islam, setiap orang lelaki wajib bersunat dan pasti tidak akan melupakan pengalaman tersebut semasa mereka kecil
Ada yang menjerit dan menangis kerana takut, ada juga yang rileks bermain game di telefon. Pelbagai ragam yang kita dapat lihat melalui video-video di media sosial.
Sama juga seperti seorang kanak-kanak lelaki ini apabila videonya disunat tular di laman TikTok mencuri perhatian ramai baru-baru ini.
Lihat video penuh itu di bawah:
Meraung takut kena sunat, sampai terbeliak biji mata bila doktor tunjuk kulit yang kena potong
Menerusi video yang dimuat naik oleh Hykall Haiykall, ia memaparkan kanak-kanak lelaki itu sedang berada di sebuah klinik untuk bersunat.
Seperti kanak-kanak lain, dia menjerit ketakutan dan menangis . Ayahnya terpaksa memegang kedua-dua belah tangannya supaya dia tidak bergerak semasa disunat oleh doktor.
Kanak-kanak itu sempat menjerit "janganlah potong semua, saya tak nak potong semua" berulang kali. Malah, dia siap bertanya "dah sudah ke belum ni?" membuatkan keluarganya di situ ketawa.
Lebih melucukan lagi apabila doktor menunjukkan kulitnya yang telah dipotong, mata kanak-kanak itu terbeliak dan kemudian sambung menjerit "janganlah tunjuk kat depan saya!".
"Hahaha drama betul kau dik, nanti bila dia dah besar mesti dia gelak tengok diri sendiri" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sehingga 518.7K views, 31.6K likes dan 5.2K shares di TikTok.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat ragam kanak-kanak lelaki itu. Malah, ada yang throwback zaman mereka disunat waktu kecil dulu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: