Abang Ipar Bekas 'Lelaki Lembut', Sekarang Comel Makan Bersuap Dengan Isteri Hamil 8 Bulan
Awh comelnya dua-dua!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Lelaki yang berpewatakan lembut sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita zaman sekarang
Namun, mereka ini sebenarnya lebih mudah untuk dibuat kawan oleh kaum perempuan kerana sifat lembut dan lebih memahami itu yang menjadikan kita selesa dengan mereka.
Tetapi, berbeza pula dengan sebuah video yang viral di laman TikTok ini apabila seorang gadis berkongsi gelagat abang iparnya yang merupakan bekas lelaki lembut meraih perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dulu bekas pondan, sekarang dah bahagia berumah tangga siap main suap-suap dengan isteri
Menerusi perkongsian video daripada @dylaskinstudio, kelihatan lelaki itu sedang menyuap makanan kepada isterinya yang hamil lapan bulan.
Menurut gadis berkenaan, abang iparnya itu dulu merupakan bekas lelaki lembut ataupun kita sering sebut sebagai pondan.
Namun begitu, dia kini sudah berubah dan bahagia bersama isteri tercinta yang sedang menunggu hari untuk bersalin.
Gelagatnya yang mengusik si isteri semasa menyuap makanan ternyata berjaya meraih berjuta tontonan di media sosial.
"So sweet, mesti dia tahu macam mana jiwa dan perasaan wanita. Sebab tu dia pandai hargai isteri" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih 2M views, 194.2K likes dan 4.2K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat abang iparnya itu.
Malah, ramai yang berpendapat lelaki lembut ini sebenarnya lebih gagah daripada lelaki biasa. Bukan itu saja, mereka juga sebenarnya lebih memahami kehendak dan perasaan wanita.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: