seismik

Wanita Ini Kongsi Video Suami Sebelum & Selepas Berkahwin, Tak Sangka Lain Sangat Rupanya

Berubah 360 darjah terus!

Cover image via @melchintya (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Lumrah bagi sesiapa yang sudah berkahwin akan naik berat badan terutamanya para suami

Bak kata orang, kalau perut suami buncit selepas kahwin itu tandanya dia dijaga baik oleh si isteri. Iyalah, hari-hari asyik makan sedap saja kan. Macam mana badan tak naik?

Tetapi, berbeza pula dengan sebuah video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita memuat keadaan sebelum dan selepas suaminya berkahwin mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Terus berambut panjang macam tak terurus lepas kahwin

Menerusi perkongsian video daripada Melian Chintya, ia memaparkan beberapa keping foto suaminya sebelum mereka berkahwin yang sangat segak dan tampan.

Namun sebaik saja tiba di akhir video tersebut, suaminya mengalami perubahan yang drastik selepas mereka berkahwin. Lelaki itu dilihat sudah berambut panjang dan seperti tidak terurus.

Malah, ramai yang confuse ingatkan lelaki itu isterinya kerana dia nampak persis seperti seorang wanita.

"Aku baru nak cakap, makin menjadi-jadi bini dia. Rupanya alahai bang..." - Warganet

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 671.3K tontonan, 69.4K tanda suka dan 1.7K perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur selepas melihat rupa sebelum dan selepas suami wanita tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Hampir tertipu juga tadi ingatkan isteri dia yang berubah, aduhai kenapa sampai macam tu jadinya bang :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: