Ayah Usik Anak Kalau Nakal Nanti 'Uncle Mangga' Datang, Tak Sangka Penjual Pun Join Sakat
Abang mangga tu pun faham assignment ya.
Setiap kanak-kanak pasti mempunyai sifat nakal mereka betul tak?
Sebenarnya, mereka bukan nakal. Cuma mereka aktif dan ada rasa ingin tahu untuk membuat macam-macam perkara baru.
Ibu bapa pula tidak seharusnya memarahi mereka, sebaliknya perlu menggunakan teknik 'reverse psychology' supaya mereka tidak berbuat demikian.
Seperti sebuah video yang viral ini apabila seorang kanak-kanak disakat oleh ayahnya kerana nakal telah mencuit hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Anak tak nak behave dalam kereta, ayah sakat nak bagi dekat 'uncle' mangga
Menerusi video yang dimuat naik oleh @danialazhar, kelihatan budak lelaki itu sedang berada di tempat duduk depan dalam car seat nya.
Apa yang mencuit hati adalah apabila dia tidak mahu duduk diam dan membuatkan ayahnya menyakat konon ingin memberikannya kepada penjual mangga di kawasan lampu trafik itu.
Dia yang takut dengan penjual mangga itu terus menjerit ketakutan. Lebih menghiburkan, 'abang mangga' itu seperti faham tugasan dan turut menyakat budak lelaki itu.
Image via @danialazhar (TikTok)
Image via @danialazhar (TikTok)
Ikutan tularnya video tersebut, kini ia telah meraih 577.4K tontonan, 62K tanda suka serta 9K perkongsian di laman TikTok
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat penjual mangga itu yang faham 'assignment'.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @danialazhar (TikTok)
Image via @danialazhar (TikTok)
Image via @danialazhar (TikTok)
Trauma terus adik tu, kesian pula tengok dia menangis :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment