"Aysar Bercita-Cita Nak Jadi Auditor Di Syarikat Ternama Untuk Bantu Keluarga" - Pensyarah
Aysar Zahran, 20, maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Hulu Langat-Ampang baru-baru ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Allahyarham Aysar Zahran Saiful Alimin secara tiba-tiba sempat meminta maaf dan bertanya sekiranya dia pernah berhutang kepada rakan-rakannya
Menerusi laporan Harian Metro, rakan sebilik kepada Allahyarham, Muhammad Irfan Rozaimi berkata Allahyarham sempat secara tiba-tiba meminta maaf kepada rakan-rakan.
"Ketika itu, arwah secara tiba-tiba meminta maaf kepada kawan-kawan dan bertanya sekiranya dia ada berhutang dengan kami.
"Tetapi selepas itu dia kembali perangai seperti biasa, dan ajak main game (permainan video)," katanya ketika ditemui di Masjid Al-Muttaqin, Dusun Tua.
Image via Harian Metro
Allahyarham seorang yang disenangi oleh pensyarah dan rakan sekuliah kerana sifatnya yang periang dan murah dengan senyuman
Menurut pensyarah yang pernah mendidik Aysar, Gary Danny berkata bekas pelajarnya itu amat disenangi rakan sekelas kerana sifatnya yang sentiasa ceria.
"Kalau nak bercerita mengenai Allahyarham, yang pertama dia memang peramah dan memang dikenali dengan sifatnya yang murah dengan senyuman.
"Kalau dalam kelas, dia suka duduk paling hadapan, dia suka bertanya dan dia antara pelajar terbaik saya," ujarnya.
Gary turut berkongsi momen di mana dia mengucapkan tahniah kepada Aysar setelah berjaya menduduki tempat pertama daripada ribuan pelajar Program Asasi Perakaunan yang menduduki peperiksaan MA1 di seluruh negara.
"Bila dapat tahu keputusan itu, saya terus call dia, saya cakap 'Aysar, you tahu tak you dapat world prize winner pertama di Malaysia'.
"Saya cakap begitu, kemudian kami berdua menjerit gembira dalam telefon, itulah memori paling saya ingat sekali dengan dia," katanya.
Tambah Gary, Allahyarham pernah memberitahu dia bercita-cita ingin menjadi auditor di syarikat ternama supaya dapat membantu menaikkan taraf hidup keluarga.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment