seismik

Kedutaan Malaysia Di Jakarta Dibaling Telur Susulan Kes Tembak Warga Indonesia Di Banting

Insiden tersebut dilakukan oleh kelompok penunjuk perasaan Indonesia yang membantah kes tersebut.

Cover image via @kspicitu (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hampir 100 orang penunjuk perasaan Indonesia membaling telur ke arah Kedutaan Malaysia di Jakarta semalam

Menerusi laporan Berita Harian, penunjuk perasaan tersebut terdiri daripada pelbagai kumpulan hak asasi manusia dan kesatuan pekerja di Indonesia.

Ini termasuklah ahli Konfederasi Serikat Pekerja Indonesia (KSPI) dan Partai Buruh Indonesia yang terlibat dalam insiden melempar telur ke arah bangunan Kedutaan Malaysia.

Perkara itu dilakukan sebagai protes bagi membantah kes tembakan melibatkan warga Indonesia pada 24 Januari lalu di perairan Tanjung Rhu, Banting mengakibatkan seorang warga Indonesia terbunuh manakala empat yang lain cedera.

Image via @kspicitu (X)

Kes tembakan itu berlaku selepas lima warga Indonesia tersebut dilaporkan cuba menyerang pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

Kejadian tembakan tersebut terjadi apabila bot yang dinaiki suspek dilaporkan telah melanggar bot APMM sebanyak empat kali sebelum dua daripada lima orang suspek cuba menyerang pegawai dengan parang.

APMM telah melepaskan tembakan ke arah bot suspek atas faktor keselamatan dan untuk mempertahankan diri.

Kementerian Luar Negeri Indonesia, dalam pada itu mengeluarkan kenyataan lima warga Indonesia berkenaan ditembak ketika cuba meninggalkan Malaysia dan organisasi itu menuntut supaya siasatan menyeluruh dijalankan terhadap kemungkinan penggunaan kekerasan yang berlebihan oleh APMM.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: