Berkat Bagi Kucing Liar Makan, Lelaki Ini Daripada Menganggur Terus Dapat 2 Tawaran Kerja
Ada yang menggelarkannya 'doa kucing'. Tapi yang pasti, ini semua kuasa Allah SWT.
Kita biasa dengar yang kucing merupakan haiwan kegemaran dan kesayangan Nabi Muhammad SAW
Bahkan, pernah ada kisah juga tentang Nabi Muhammad SAW dan kucing peliharaannya yang bernama Mueeza.
Menurut ceritera itu, setiap hari Rasulullah SAW menerima tetamu di rumah, baginda akan mengendong kucing itu lalu diletakkan di atas pahanya.
Image via IDN Times
Dipercayai salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi SAW suka adalah Mueeza selalu mengiau ketika mendengar azan seolah-olah ngiaunya seperti mengikuti laungan azan.
Bahkan, Nabi juga berpesan untuk menyayangi kucing sebagaimana kita menyayangi ahli keluarga sendiri, kerana kucing ialah haiwan yang penuh keberkatan.
Satu perkongsian di laman Twitter telah menceritakan tentang keberkatan yang datang kepada seorang lelaki selepas dia memberi beberapa ekor kucing liar makan
Mohd Fikri Iman Ridwan yang telah menganggur hampir dua bulan tiba-tiba mendapat tawaran kerja, lantaran memberi beberapa ekor kucing liar makan. Semua ini hanya dengan membeli tiga paket makanan kucing dengan bermodalkan kurang daripada RM5!
Image via Twitter @MohdFikriEman
Fikri yang berumur 22 tahun itu turut menyertakan sekali gambar hiasan, hasil cariannya di laman Google, bagi menggambarkan situasinya memberi makan kepada kucing.
Image via Twitter @MohdFikriEman
Menurut Fikri, "Saya tengok empat lima ekor kucing berkeliaran di kawasan rumah, terdetik di hati untuk saya pergi beli makanan untuk haiwan itu.
“Pagi esoknya terus saya dapat dua tawaran kerja. Apabila dapat berita itu, terus saya terfikir pasal kucing yang saya bagi makan.
“Waktu kerja juga fleksibel, selain kerja pertama sebagai Pembantu Perangkaan, saya juga jadi jurulatih kecergasan pada hujung minggu,” ujarnya dalam satu temubual bersama MStar.
Bukan itu sahaja, tetapi Fikri turut dikejutkan dengan pengesahan untuk mengerjakan umrah, tidak lama selepas itu
Apabila ditanya perihal keajaiban ini, Fikri menyatakan bahawa dia menyifatkan rezeki itu sebagai bukti 'kuasa bersedekah'.
Image via Twitter @MohdFikriEman
“Semua benda baik bertimpa-timpa. Sebelum kejadian kucing tu saya belum confirm lagi nak ke sana (Mekah). Saya juga dapat lagi tawaran temu duga kerja dari syarikat lain.
“Syukur Alhamdulillah, dengan beberapa ringgit makanan kucing, mungkin punca dari situ, saya dapat pembalasan berganda-ganda,” katanya yang bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 12 Februari ini bersama abangnya.
Susulan tularnya posting Fikri itu, ramai yang berkongsikan kisah keajaiban masing-masing setelah memberi kucing makan.
Benarlah orang kata, the power of sadaqah.
Image via Twitter @MohdFikriEman
Image via Twitter @MohdFikriEman
Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Kuasa dan Maha Pemurah.
Kucing hanyalah asbab untuk kita sebagai manusia membuat kebaikan. Segala yang terjadi adalah kuasa Tuhan.
Wow, ada kat Malaysia ada Pantai Kucing rupanya!
Lagi artikel di SAYS Seismik:
Leave a comment