"Bakal Jadi Barang Yang Rare" - Jenama Terkenal Tupperware Fail Permohonan Bankrap
Tupperware kini berdepan cabaran besar termasuk persaingan sengit dalam pasaran barangan rumah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pengeluar bekas plastik yang terkenal, Tupperware memfailkan kebankrapan di Amerika Syarikat selepas bertahun-tahun mengalami masalah kewangan
Menerusi laporan Bloomberg News pada Isnin yang memetik sumber dengan pengetahuan mengenai rancangan berkenaan.
Saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan, selepas ditutup dengan penurunan 57 peratus.
Jenama terkenal itu diasaskan pada tahun 1946 oleh ahli kimia, Earl Tupper. Tidak lama kemudian populariti syarikat itu melonjak pada tahun 1950-an apabila wanita pasca perang menganjurkan "pesta Tupperware" di rumah untuk menjual bekas penyimpanan makanan, sebagai langkah untuk meraih pemberdayaan dan kebebasan.
Image via Bloomberg News
Malah, pandemik Covid-19 turut memberikan lonjakan jualan apabila lebih banyak keluarga kekal di rumah, memasak lebih banyak, dan menghasilkan lebihan makanan.
Tetapi, jualan merosot dalam beberapa suku tahun kebelakangan ini apabila dunia kembali pulih dan dibuka.
Namun, Tupperware kini berdepan cabaran besar termasuk persaingan sengit dalam pasaran barangan rumah dan lonjakan jualan dalam talian yang menjejaskan kedudukannya.
Difahamkan, Tupperware kini merancang untuk memohon perlindungan mahkamah selepas melanggar syarat hutangnya dan telah melantik penasihat kewangan serta perundangan.
Persiapan kebankrapan ini adalah susulan rundingan panjang antara Tupperware dan pemberi pinjamannya, yang berkaitan dengan cara mengurus hutang lebih daripada AS$700 juta.
Pada Mac lalu, Tupperware memberi amaran bahawa perniagaan mereka mungkin tidak mampu bertahan sebagai entiti yang berterusan akibat masalah kecairan tunai. Syarikat itu belum memberi sebarang maklum balas terhadap permintaan komen dari Reuters.
Image via Tupperware Brands
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment