"Bakal Tenggelam" - Kecoh Di Internet, Paras Air Di Daerah Jakarta Pada Tahap Merisaukan
Harap tembok dinding tu tak pecah.
Peningkatan paras air global turut memberikan impak negatif dalam kehidupan seharian manusia
Keadaan cuaca yang terlampau panas menyebabkan ais gergasi di kutub utara mula mencair dan menyebabkan paras air laut meningkat.
Baru-baru ini, tular beberapa rakaman video berkenaan penduduk di Jakarta, Indonesia mula risau kerana paras air di kawasan itu pada paras bahaya.
Lihat video penuh itu di bawah:
Air laut sudah hampir capai paras tebing berdekatan kawasan perumahan
Menerusi beberapa video yang mula menular di TikTok, dilihat pelbagai sudut pandang lain warga Jakarta yang merakam keadaan paras air yang hampir melepasi paras tembok itu.
Apa yang lebih merisaukan, keadaan air yang deras dan juga kawasan penempatan yang bersebelahan tembok dilihat sama paras.
Ada beberapa pandangan yang dikongsikan di internet bahawa bandar Jakarta bakal ditelenggami sepenuhnya jika ia tidak diberikan apa-apa solusi.
Lihat video lain di bawah:
"Kalau aku duduk rumah tepi tu, auto pindah tempat lain" - Netizen
Susulan tularnya video di berkenaan yang kini telah meraih 8.6M tontonan, 317.1K tanda suka dan 10.5K komen di TikTok. Rata-rata netizen turut membimbangkan keadaan penduduk Jakarta yang tinggal berdekatan laut.
Malah, hasil carian 'Jakarta Tenggelam' sudah menjadi trending di hasil carian TikTok baru-baru ini.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @akuajaibbb (TikTok)
Image via @akuajaibbb (TikTok)
Image via @akuajaibbb (TikTok)
Min tengok pun dah seram, apatah lagi mereka yang tinggal kat sana :')
Image via GFYCAT
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment