seismik

"Reveal Gender" - Awalnya Terlalu Teruja, Disuruh Bersihkan Semula Undang Tawa Netizen

Sabar ye kak.

Cover image via @resaagustina094 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berita tentang kelahiran bayi bersama pasangan merupakan satu rezeki yang dinanti-nantikan

Setiap pasangan mengimpikan anak-anak kerana ia merupakan rezeki yang tidak dimiliki oleh semua orang.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini, reaksi teruja seorang wanita selepas tahu jantina bayi dalam kandungannya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terlalu teruja apabila dapat tahu bakal melahirkan anak perempuan

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @resaagustina094 di TikTok, gelagat teruja seorang wanita kerana dapat tahu dia bakal melahirkan seorang anak perempuan telah menjadi perhatian warganet di laman sosial itu.

Riak wajahnya menunjukkan jelas kegembiraan dan dia sempat memeluk anak lelakinya yang ada disebelah.

Lebih melucukan lagi apabila selepas hasil letupan belon reveal gender itu, pihak petugas pembersihan mengarahkan wanita itu segera membersihkan semula sisa sampah yang bertaburan.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@resaagustina094 Membalas @bbbibzz lunas ya kak, sebelum mungutin sampah udah di videoin sama @ariskaaaa18 original sound - Taeao

"Gembiranya sekejap, malunya tu kena tahan lama sikit" - Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memuji sikap bertanggungjawab wanita itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan kini telah meraih 7.7M tontonan, 307.9K tanda suka dan 1.4K komen di TikTok.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Wah, min pula terharu tengok dia teruja dapat baby girl :')

Image via GIFDB

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: