"Inilah Sharilkhiri" - Aksi Comel Ahli Keluarga Kenalkan Nama Penuh Ini Curi Tumpuan Ramai
Amboi, bapanya pula yang malu-malu.
Ramai pengguna di media sosial berkongsi kebahagiaan dan kemesraan sesama ahli keluarga
Pada masa kini, merakam moments indah bersama ahli keluarga dapat meninggalkan kenangan manis untuk tinjauan masa akan datang.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini, sebuah keluarga yang dilihat comel memperkenalkan diri masing-masing di laman sosial telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menyebut nama penuh setiap seorang sambil memandang ke arah bapa
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @zaida_majid91 di TikTok, gelagat comel setiap ahli keluarga itu telah mengundang pujian comel daripada netizen.
Lebih menarik lagi, kesemua anak-anak dan si isteri menyebut nama dan hubungan dengan si bapa dalam video tersebut.
Si bapa pula dilihat tersipu-sipu malu kerana diakhir video itu mereka serentak menunjuk ke arahnya sambil menyebut "Ini lah Sharilkhiri".
"Saya pula sedang menonton keluarga Sharilkhiri" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 762.9K tontonan, 53.9K tanda suka dan 883 komen di TikTok.
Rata-rata netizen turut memuji kecomelan setiap ahli keluarga ini dan ada yang cuba-cuba mengayat ingin menjadi menantu kepada Encik Sharilkhiri.
Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!