seismik

Sempat Alih Tubuh Rakan Cedera Tepi Gelanggang, Gelagat Kanak-Kanak Ini Undang Tawa Ramai

Kasihan pula tengok member tu dah terbaring.

Cover image via @dekone_bey (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kenakalan bermain ketika berada di zaman kanak-kanak merupakan memori yang sukar dilupakan

Iyalah, lebih banyak tawa berbanding air mata disaat bermain bersama rakan-rakan sekampung. Sukar untuk dirasai oleh generasi sekarang.

Baru-baru ini, tular satu video berkenaan gelagat sekawan kanak-kanak yang bermain ketika hujan telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sempat alihkan rakan yang cedera ke tepi gelanggang sebelum sambung bermain semula

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @dekone_bey di TikTok, gelagat lucu kanak-kanak itu meninggalkan rakannya yang sedang cedera telah mencuit hati ramai.

Mereka dengan selamba mengangkat dan mengalihkan tubuh rakannya yang terbaring disebabkan cedera ke tepi gelanggang.

Lebih menghiburkan, mereka terus sambung bermain dan mengendahkan rakannya seorang diri terbaring kesakitan.

Image via googleapis.com
Image via googleapis.com
Image via googleapis.com

"Enjoy la dik, sesungguhnya dewasa itu amat memenatkan" - Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan telatah kanak-kanak itu bermain.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1M views, 97.8K likes dan 1.7 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:



Semoga adik yang cedera tu cepat sembuh la ye :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: