seismik

"Ada Ibu Hamil" - Isyarat Suruh Pandu Perlahan Ini Buat Ramai Terharu

Bangga tengok masyarakat yang suka bertolak-ansur.

Cover image via @sycheesy (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, sikap masyarakat seharusnya bersifat prihatin kepada golongan-golongan yang memerlukan

Kebiasaannya, keutamaan keselamatan seharusnya diberikan kepada individu yang tidak berkemampuan seperti orang tua, ibu mengandung dan kanak-kanak.

Baru-baru ini, tular satu video berkenaan gelagat seorang pengguna jalan raya yang dilihat membuat isyarat tulisan di begnya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Pemandu di belakang diminta untuk pandu perlahan

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @sycheesy di TikTok, dilihat sepasang suami isteri sedang menunggang motosikal di atas jalan raya telah menjadi perhatian ramai.

Lebih menarik lagi, satu tulisan di belakang beg isterinya yang meminta agar pemandu di belakang dapat memandu dengan perlahan atau memotong mereka secara zig-zag.

Hal ini kerana, isterinya yang duduk di bahagian belakang sedang sarat mengandung dan meminta agar pemandu lain memahami situasi mereka.



"Kasihan tengok, semoga dilimpahkan rezeki buat pasangan ini" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 951.7K tontonan, 10.7K tanda suka dan 57 perkongsian di TikTok. Rata-rata netizen turut terharu dan mendoakan pasangan itu dimurahkan rezeki.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Pengorbanan ibu bapa membesarkan anak-anak tidak semudah seperti apa yang disangkakan :')

Image via GFYCAT

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: