"Sebak" - Atok Tak Sanggup Uruskan Jenazah Nenek, Terlalu Sedih Sampai Tak Keluar Bilik
Semoga atok ini diberikan kekuatan.
Setia sehingga ke hujung nyawa adalah bukti cinta sejati yang diimpikan oleh setiap manusia
Bermula di awal fasa percintaan sehingga mampu melihat cucu membesar bersama-sama pasangan merupakan antara satu nikmat manis dalam perkahwinan.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini, dilihat seorang atok yang dilihat sayu duduk seorang di dalam bilik telah membuat ramai rasa sebak.
Lihat video penuh itu di bawah:
Atok tak sanggup uruskan jenazah nenek, menangis seorang diri di dalam bilik
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @britneyspurr di TikTok, reaksi pilu atok duduk seorang diri di dalam bilik selepas kematian isterinya telah mencuri tumpuan ramai.
Ketika jenazah isterinya itu diuruskan, lelaki tua tersebut dilihat hanya menangis seorang diri kerana dirinya masih belum sedia menerima kehilangan insan yang tercinta.
Selepas hampir 70 tahun hidup bersama-sama sebagai seorang suami isteri. Hatinya masih belum reda dan menerima hakikat yang terjadi pada dirinya.
"It’s okay to cry atok. Moga mereka dipertemukan nanti di syurga" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.4M views, 240.7K likes dan 2.1K shares di TikTok. Rata-rata netizen turut bersimpati dan mendoakan kesejahteraan buat mereka yang kehilangan insan tersayang.
Berikut di bawah adalah komen sayu daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!