seismik

“Penutup Kumbahan Meluap-Luap” - Penduduk Bingung Cari Punca Bunyi Bising Rupa-Rupanya

Seram pula kalau tengok dari jauh.

Cover image via @zoolmahmood (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Masalah isu air atau sistem kumbahan sering kali kurang mendapat perhatian daripada wakil rakyat

Kerap kali kita mendengar tentang keluhan masyarakat kampung berkenaan isu sistem kumbahan dan perparitan di media sosial yang kurang mendapat perhatian.

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial berkenaan sebuah penutup besi kumbahan 'melompat-lompat' telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@zoolmahmood Dipercayai akibat tekanan air dari bawah tanah... Mgkn petanda berlakunya banjir... Siapsiaga semua... lokasi: Dengkil Sepang.. Ahli Parlimen yg baru dipilih.. Masa utk anda bekerja. #fyp #gempar original sound -

Bunyi bising punca daripada penutup besi kumbahan

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @zoolmahmood di TikTok, kejadian bunyi bising yang mencurigakan penduduk kampung di kawasan Dengkil sudah terjawab.

Bunyi bising tersebut berpunca daripada penutup besi kumbahan yang 'melompat-lompat' kerana tekanan air yang tinggi daripada dalam saluran.

Malah, penduduk setempat diminta bersedia kerana bila-bila sahaja air daripada saluran tersebut boleh melimpah keluar.

"Oh, macam ini rupanya tanda amaran banjir kampung mereka" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 845.5K tontonan, 26K tanda suka dan 660 perkongsian di TikTok. Rata-rata netizen turut terkejut dengan kejadian itu.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kalau benda ni terjadi di New York, confirm disebabkan Ninja Turtle :P

Image via TENOR

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: