Balabala Kini Buka Kedai Pertamanya Di Pavilion Kuala Lumpur - "Every Child Is Unique"
Jenama fesyen kanak-kanak antarabangsa itu menawarkan koleksi BalaT, Ultraman Collaboration Series dan pakaian dress bertemakan Disney.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jenama fesyen kanak-kanak antarabangsa terkemuka, Balabala kini secara rasmi melangkah ke pasaran Malaysia dengan pelancaran kedai pertamanya di Pavilion Kuala Lumpur
Image via Balabala Malaysia
Dikenali kerana pendekatan fesyen kanak-kanak yang ceria dan penuh warna, Balabala menggabungkan gaya, kualiti, dan keselesaan dalam menawarkan pakaian, kasut, dan aksesori yang direka khas untuk kanak-kanak berumur 0 hingga 12 tahun.
Menurut Naib Presiden Kumpulan Semir, Kevin Zhong, dengan pelancaran ini, keluarga di Malaysia kini dapat meneroka keunikan Balabala yang menggabungkan gaya yang direka untuk memberi inspirasi kepada kanak-kanak agar yakin mengekspresikan diri dan menikmati pengembaraan harian mereka.
"Di Balabala, kami percaya bahawa setiap kanak-kanak adalah unik, dan fesyen kanak-kanak kami lebih daripada sekadar pakaian ia adalah kanvas untuk impian dan personaliti yang menyerlah.
"Komitmen kami terhadap kualiti, keselesaan, dan kreativiti diterapkan dalam setiap rekaan, memastikan setiap helaian pakaian menceritakan kisah tersendiri serta meraikan semangat zaman kanak-kanak.
"Kami teruja membawa falsafah ini ke Malaysia dan tidak sabar untuk mencipta dunia penuh keseronokan, ekspresi diri, dan imaginasi untuk kanak-kanak dan keluarga," katanya.
Image via Balabala Malaysia
Rancang untuk buka lebih banyak cawangan Balabala di seluruh negara
Tambah Kevin lagi, Malaysia merupakan pasaran yang dinamik dan berkembang pesat untuk fesyen kanak-kanak, menjadikannya lokasi ideal untuk strategi pertumbuhan serantau Balabala seiring usaha pihaknya mengembangkan perniagaan di Asia Tenggara.
"Kedai kami di Pavilion Kuala Lumpur merupakan pengenalan yang terbaik kepada Balabala, dan kami yakin bahawa keluarga di sini akan menerima visi jenama kami dalam mencipta pakaian bergaya, selesa, dan menyeronokkan yang membolehkan kanak-kanak bersinar.
"Dalam beberapa tahun akan datang, kami merancang untuk membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara, membuktikan komitmen kami untuk menawarkan pakaian kanak-kanak yang berkualiti tinggi dan direka dengan penuh teliti untuk keluarga Malaysia.
"Fokus kami adalah membawa inovasi kepada fesyen kanak-kanak sambil memenuhi keperluan pelbagai pelanggan tempatan," ujarnya.
Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik
Image via Akmal Redzwan/SAYS Seismik
Sempena pelancaran ini, pelanggan Balabala berpeluang menikmati rebat segera dari 10 hingga 26 Januari 2025 dengan perbelanjaan seperti berikut:
- Perbelanjaan RM188 akan menerima rebat segera sebanyak RM28
- Perbelanjaan RM288 akan menerima rebat segera sebanyak RM48
- Perbelanjaan RM368 akan menerima rebat segera sebanyak RM68
Untuk rekod, Balabala terletak di Lot 5.45.01 & 5.45.02, Aras 5, Pavilion Kuala Lumpur. Antara koleksi utama Balabala adalah BalaT, Ultraman Collaboration Series dan pakaian dress bertemakan Disney.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment