Balai Polis Ulu Tiram Di Serang Lelaki Bertopeng, 2 Anggota Polis Dilaporkan Terkorban
Mangsa ditetak di bahagian belakang leher dan kepala, manakala seorang lagi ditembak pada bahu dan perut.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dua anggota polis terbunuh, manakala seorang lagi cedera dalam serangan dilakukan seorang lelaki yang menceroboh masuk Balai Polis Ulu Tiram
Perkembangan itu disahkan oleh Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, yang turut memaklumkan suspek turut ditembak mati di tempat kejadian.
Menurut Berita Harian, dalam kejadian 2.54 pagi itu, suspek seorang lelaki bertopeng dan berpakaian gelap menyerang balai polis berkenaan dengan bersenjatakan parang.
Suspek telah mencederakan dua anggota polis yang bertugas dan merampas dua laras senjata serta melepaskan dua das tembakan terhadap seorang daripada mereka menyebabkan cedera di bahu dan perut.
Malah, mangsa ditetak di bahagian belakang leher dan kepala, manakala seorang lagi ditembak pada bahu dan perut.
Image via Harian Metro
Dua anggota polis dan suspek yang maut dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), manakala anggota yang mengalami kecederaan dirawat di hospital berkenaan.
Menurutnya, pihaknya menyesali kejadian yang berlaku dan siasatan masih dijalankan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment